"Cik Sarah, kawan saya kata interview nikah kat Melaka susah. Kena baca Qunut Nazilah la, kena hafal doa makan la. Betul ke?"
Ada benarnya. Sepanjang 10 tahun saya dalam industri, Melaka memang terkenal dengan prosedur temuduga yang agak teliti (strict). Bukan niat mereka nak menyusahkan, tapi JAIM memang komited memastikan bakal pengantin faham asas agama.
Tapi jangan kecut perut dulu! Prosedur borangnya sama sahaja macam negeri SPPIM lain. Yang penting, persediaan mental tu kena ada. Jom kita bedah siasat prosedur Melaka.
Isi Kandungan
1. Langkah Awal: Kursus & HIV
Syarat wajib sebelum masuk sistem:
- Kursus Kahwin: Sijil dari mana-mana negeri diterima. Kalau belum pergi, Melaka ada banyak pusat kursus yang meriah dengan pantun!
-
Ujian HIV:
- Wajib buat di Klinik Kesihatan Kerajaan.
- Sah laku: 6 Bulan.
- Tips Cik Sarah: Klinik Kesihatan Peringgit & UTC Melaka selalunya ramai orang. Cuba pergi ke klinik desa sekitar Alor Gajah/Jasin untuk jimat masa.
2. Tutorial SPPIM JAIM
Alirannya standard, tapi kena peka dengan tempoh masa.
| Fasa | Tindakan (Lelaki Mula Dulu) |
|---|---|
| 1. Daftar Online | Masuk sppim.gov.my. Lelaki isi Borang Permohonan Kebenaran Nikah. Pilih PAID ikut alamat IC (Melaka Tengah/Jasin/Alor Gajah). |
| 2. Cetak & Hantar | Cetak borang, lampirkan dokumen sokongan. Hantar ke PAID dalam tempoh 14 hari bekerja. |
| 3. Temuduga | Sesi temuduga dijalankan semasa penghantaran borang. |
| 4. Kebenaran Nikah | Selepas lulus, anda akan dapat Surat Kebenaran Nikah untuk diberikan kepada pihak perempuan (jika perempuan orang Melaka) atau dibawa balik ke negeri asal perempuan. |
💡 Tips Insider Cik Sarah: Isu Wali Melaka
JAIM sangat teliti tentang wali. Jika bapa perempuan sudah meninggal, WAJIB bawa Sijil Mati Asal. Jika wali bukan bapa kandung (datuk/abang), pastikan susunan wali tu betul. Jangan main langkau wali, nanti kena naik Mahkamah Syariah!
3. Temuduga: Soalan 'Killer' JAIM
Seperti yang saya katakan, Melaka agak 'strict'. Bersedialah dengan topik ini:
Kalau tak dapat jawab, selalunya Ustaz takkan 'failkan' terus (melainkan teruk sangat). Dia akan nasihat dan suruh belajar balik sebelum akad.
4. Mas Kahwin RM40 & Kos Lain
Melaka punya kadar mas kahwin agak unik.
| Perkara | Anggaran Kos | Catatan |
|---|---|---|
| Mas Kahwin | RM 40.00 | Kadar minimum untuk anak dara/janda. |
| Upah Nikah | RM 150 - RM 200 | Bayar kepada Pendaftar/Jurunikah. |
| Saksi | RM 20 - RM 50 | Saguhati untuk saksi nikah (2 orang). |
Kesimpulan
Nikah di Melaka menuntut anda bersedia sedikit dari segi ilmu agama. Anggaplah ia satu proses 'check-up' rohani sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Jangan takut dengan JAIM, mereka tegas untuk kebaikan kita juga.
Seterusnya, jangan lupa baca Contoh Ucapan Pengantin untuk persediaan majlis resepsi anda nanti.